Sunday, September 23, 2012

Hakikat

 " Allah always forgive us, but do we always ask for forgiveness? "




Salam kepada readers.... hari gua nak bercerita pasal hakikat.. apa sebenarnya hakikat hidup kita kat dunia ini... apa yang kita kehendaki tidak semestinya kita dapat kecapi dapat genggami dapat ratapi... kerana kita sering terlupa akan hakikat kita sebagai manusia yang hanya tuhan sahaja yang mampu memahami apa yang kita perlukan... hanya Allah sahaja yang tahu apa yang kita perlukan, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk diri kita....

Hakikat,
apakah hakikat kita sebagai seorang hamba allah? apa hakikat kita sebagai seorg manusia? pernah kita duduk termenung dan bertanyakan pada diri sendiri, apa tujuan kita hidup, apa tujuan kita melihat? apa tujuan kita mendengar, apa tujuan kita bergerak, apa tujuan kita berdiri di atas bumi ciptaan tuhan ini?

Hakikatnya,
bila kita senang kita lupa, lupa akan tuhan yang menjadikan diri kita ini, lupa akan tuhan yang memberi kita kekuatan untuk bernafas, kita lupa akan tuhan yang telah memberi rezeki yang kita perlukan, kita lupa akan tuhan yang memberikan kita kebahagian yang kita impikan.... dan bila kita tersandung dan terjatuh kita terus mempersoalkan tuhan, kenapa kita diuji sebegini rupa... hakikatnya kita lupa pada yang maha esa yang telah menciptakan kita.....

Hakikatnya,
Allah itu maha pemurah, maha mengasihani, maha mendengar,maha melihat, maha esa.... jika hari ini kita senang, kita mewah, tak mustahil esok lusa kita mudah diambil, tak mustahil esok lusa segala apa yang kita ada lenyap sekelip mata.... hakikatnya kita sebagai seorg manusia, bersyukur dengan apa yang ada, menghargai apa yang dikurnia, menerima segala yang terjadi kerana hakikat manusia hanyalah seorg hamba....

Hakikatnya,
hari ini mungkin gua igat pada si pencipta, tpi tak mustahil esok lusa gua lupa kerana hakikatnya kita bukan maksum.... hakikatnya jika kita tersedar, ucaplah syukur dan minta ampun dari tuhan pencipta alam kerana Allah itukan maha mengampuni dosa hamba hambanya... =)

peace yoo!!!

5 comments:

  1. pada hakikatnya, manusia mudah lupa dengan apa yang ada :)

    ReplyDelete
  2. iman kita sentiasa bertambah dan berkurang. jadi sama sama lah kita menjaganya. :)

    ReplyDelete
  3. Dan hakikatnya cik dah n3 awak ne smpai habis..wooottttt3x TERBAEK! :D

    ReplyDelete
  4. dan hakikatnye anda ade sy sebagai readers :-)

    ReplyDelete
  5. hakikatnya..hari pembalasan tu pasti cuma masa dan ketikanya hanya tuhan yang tahu..thumb up bro..peace :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...