Friday, February 18, 2011

Kejam dalam Sedar

  
  Salam dan selamat petang..aku harap pelawat2 kat blog aku jugak always sihat sejahtera...tak kira korang ade kat mane sama ada kat luar negara atau dalam negara aku harap korang sentiasa sihat dan dikurniakan kebahagian yang melimpah ruah(amin~~)... Petang ni aku nak type satu entri yang agak kejam tapi dalam mase yang sama kejam itu ada kebaikkan...sambil ditemani lagu metal yang aku dgr lirik dia asek nak mencarut je buatan anak melayu aku teroskan gak untuk menaip entri yang kejam!!bak kata cik sarah what ever~~hahaha... aku suke dia wat cam tu..hahaha...so cite dia cam ni :

  teringat plak aku sebuah kisah pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Al Khattab..Aku dapat cerita ni dari sebuah buku novel karangan (aku lupe sape dia) bertajuk KHALIFAH YANG BENAR setebal bapak gile tebal...cerita ni mengisahkan ttg Sahabat2 nabi yang sama2 berjuang untuk Islam dan ALLAH...cerite dia cam ni...tapi sebelum tu korang kene cakap CECITE CECITE~~

  Mase di awal pemerintahan Khalifah Umar Al Khattab semasa tu panglima general Khalid Al WAlid menjadi pemimpin tentera bagi org islam...semasa zaman pemerintahan Khalifan Abu bakar as sidiq lagi Khalifah Umar Al khattab tidak menyenangi tindakan General Khalid Al Walid kerana Umar  menggangap  Khalid  membelakangkan Khalifah  didalam pembahagia harta rampasan perang dan keputusan dalam membuat seswatu...Dan Semasa Umar menjadi Khalifah islam Dia mengambil langkah untuk memecat Khalid daripada jawatan general lalu diberikan kepada panglima Abu ubaidah al jarrah(kalau salah tolong betolkan)... 

  So mase aku baca sampai part ni aku rasa why Khalifah Umar do that..dan aku mula menganggap maybe Khalifah Umar iri hati ngan Khalid sebab Khalid Banyak membawa kejayaan kepada empayar islam ketika tu...dan aku mula menggangap Tindakan Khalifah itu satu yang KEJAM!! TAAAAAAAAAAAPIIIIIIIIIII!!!! aku seorang yang salah dan bertindak KEJAM terhadap keputusan Khalifah Umar...Aku seorang yang KEJAM sebab menggangap Tindakan Khalifah Umar tu salah!!!

  Bile aku baca muka surat demi muke baru aku sedar sememangnya keputusan khalifah Umar adalah yang terbaik untuk semua umat islam ketika itu...Khalifah umar memecat General Khalid sebab UMAT ISLAM KETIKA ITU MENGANGGAP KEMENANGAN TENTERA ISLAM ADALAH SEBAB KHALID MEMIMPIN TENTERA ISLAM...Ya mmg benar Nabi Muhammad telah mendoakan kejayaan Khalid didalam setiap pertempuran dan peperangan akan tetapi kite kene ingat bahawa Khalid itu seorg manusia bukan Tuhan..Khalid berjaya kerana perjuangannya yang ikhlas untuk memperjuangkan Islam...Tapi org islam yang suke menganggap seseorg yang berjaya itu kerana usahanya sendiri...mereka terlupa bahawa Allah la sebaik2 pengatur dan mengkehendaki apa yang dia mahukan~~

  Selepas aku bace kisah Khalifah Umar ni baru la aku sedar silap aku.. sengaja tak sangka hati aku sebak dan sedih...Ini semua pengorbanan Khalifah Umar yang mahukan umat islam bebas dari sikap mereka yang sambil lewa....sedar la wahai manusia...KITA HIDUP KERANA ALLAH....

p/s : sori entri kali ni agak kasar....apa yang baik jadikan pedoman yang tak baik buang ke dalam tong sampah....salam!!maaf entri telah diubah dari semase ke semase...tq

7 comments:

  1. uih! senang2 jer tinggakan si dia camtu..sekurang-kurangnya bglah peluang utk dia memperbaiki diri..kita ni manusia biasa jer dik..kekadang tak tahu kita ni betul ke..silap ke..kan?

    ReplyDelete
  2. tak mudah nak membuat keputusan kak..sebab kite sedar kite ni manusia la kite kene berubah.. janji boleh ditabur tapi adakah dia kan melakukan macam yang dia janjikan...?? biar la pengorbanan saya ni ibarat pengorbanan Khalid al Walid yang berkorban untuk KEIMANAN seseorg...Saya tak mahu menjadi punca kenapa seseorg terus hidup sebab saya hanya manusia dan allah tempat kita bergantung...

    TQ sebab komen ^^

    ReplyDelete
  3. “Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu me-nyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

    ReplyDelete
  4. Hmm sepatutnya awk bagitau dulu si dia mana kesilapannya bukan sewenang wenangnya tinggalkan dia begitu..

    manusia tak sempurna.
    btw apepun awk fkr terbaik teladan Khalifah Umar jadi pedoman :)


    Jom tgk link blog sy:-
    Berpoyo Di Library Sambil Menyelam Minum Air. "

    ReplyDelete
  5. aik da buang ke tntg gf awk to..!!btl ape yg diorg gtau to..bg saye klau awk nk dekatkan diri dgn ALLAH,awk ajak diye skali..bkn tingggalkan..perempuan dijadikan dr rusuk tulang lelaki yg bengkok,so btlkan diye..bg saye awk silap..awk ptut nsihat diye..kite mnusia xleh lari dr dosa!...

    ReplyDelete
  6. maaf cik or encik anonymous... gua tau lu kenal gua...so back off dari masalah gua... bagi gua plak gua tak silap... gua dah kasi lebih beratus kali peluang untuk dia berubah... so gua rase tu hanye 1st empression lu ttg keputusan gua... tapi lu terlupe seswatu... AYAT " Jika itu yang terbaik untuk agamaku,keluargaku aku redha"... so gua bukan nak marah lu, cume dah tibe masenye gua berundur dari situation yang sememangnya wat agama gua nmpak buruk... ibarat kisah nabi khidir dan nabi musa... kedua duanya betol tapi haluan berbeza.... so lu leh la pikir2 kan sendiri ape yang gua maksudkan... gua tak expert bab agama tapi gua jugak kenal ALLAH seperti lu kenal ALLAH..

    ReplyDelete
  7. hehehe.. kena pulak ngan anon yerr? sabar ajela..

    Khalifah Umar singa Allah.. tapi dia pun manusia jugak mcm kita.. kesilapan kdng2 ada hikmahnya, sebab kita manusia biasa..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...