Tuesday, February 15, 2011

Matang

  
  salam dan selamat pagi..huhu...Korang ade sehat ka??aku harap korang yang membaca blog aku ni sume sehat2 belake...Peh hari ni aku bangun awal...pukol 4.30 aku dah terjaga dari mimpi indah(bukan mimpi basah)... aku igt bangun nak wat keje skolah..tp mmg betol2 cilake tahap babun sebab aku tak leh pikir pape...aku diam sambil termenung masalah2 yang melanda diriku ini(uhuhuhu...sedeh) sambil ditemani lagu jiwang karat tahap dewa...Semalam aku tido dalam kol 4 petang(sebab selase aku cuti maulid) pas berborak panjang ngan cik sarah....sadar2 dari tido je dah nak magrib...pas tu teros aku tak tido sampai la kol 2.30 pagi then terjage kol 4.30 pagi...huhu...complicated tol la mase tido aku ni....hahahahaha

  Malam semalam aku lepak ngan kawan2 aku kat restoran hakim(sec 7 shah alam)...borak2 kosong sambil tengok bola sepak(sepak bukan sepak)....team mane ntah lawan aku pown tak tau...kalau ta silap aku manchester city vs aris...bual punye bual aleh2 terbukak plak satu topik..iaitu matang~~~~

  kenapa sesetengah org menganggap MATANG ni hanya khas untuk ditujukan untuk manusia yang dipanggil ADULT??kanak2 macam aku ni tak leh dipanggil matang ke(pasan kanak2 padahal umo dah 22 taon!!)... aku teringat plak sebuah kisah di antara pemimpin besar tamadun islam yang bernama Khalifah Umar Abdul Aziz dan seorang kanak2 beruasia 10 tahun...cerita dia macam ni :

Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah dahulu terdapat seorang raja yang sangat terkenal dengan sifatnya yang penyantun, adil dan rendah hati.Raja yang bernama Khalifah Umar bin Abdul Aziz itu amat di sanjung tinggi oleh rakyatnya.

Pada suatu hari ramai wakil-wakil dari jajahan takluknya telah datang mengadap baginda untuk melaporkan keadaan di jajahan masing-masing. Jajahan Hijaz, iaitu satu daripada jajahan takluk Islam yang terbesar pada masa itu.Pada hari pertemuan wakil-wakil itu, jajahan Hijaz telah menghantar seorang budak sebagai wakilnya.Setelah semua hadir, maka salah seorang pegawai istana mempersilakan baginda raja bertitah. Setelah habis bertitah, baginda mempersilakan wakil dari jajahan Hijaz berucap dahulu.

Maka wakil dari jajahan Hijaz itu pun bangun dengan hormat untuk berucap, tetapi apabila baginda ternampak wakil itu bangun untuk berucap, maka Khalifah Umar pun bertanya “Hai, budak biarlah orang tua berucap dahulu”.Mendengar teguran khalifah itu maka budak itupun menjawab “Ya, Amirul Mukminin, sekelian manusia sebenarnya dipandang dari dua perkara iaitu hati dan lidahnya.Maka apabila Allah telah mengurniakan kepada seseorang itu lidah yang petah dan hati yang bijaksana, maka orang itu lebih berhak bersuara.Jika dipandang dari segi umur sahaja ketahuilah wahai Amirul Mukminin ada orang yang lebih berhak duduk di atas takhta Paduka Tuanku itu”.

Mendengar saja balasan percakapan wakil dari Hijaz itu, baginda amat terkejut kerana kata-katanya amat bernas hingga baginda tersedar akan keterlanjurannya. “Benar katamu hai wakil yang terhormat. Cakaplah sekarang bagaimana keadaan negerimu?” titah raja itu.Lantas budak itupun meneruskan ucapannya.

“Ya, Amirul Mukminin yang sangat kami muliakan. Kami sekelian adalah wakil-wakil yang mendapat kebahagiaan dan bukannya kecelekaan. Kami ke mari bukan mengadukan hal negeri kami yang tidak aman tetapi kami ke mari kerana kami telah merasa nikmat keamanan hidup mewah di bawah naungan tuanku yang adil. Kami sekelian telah memperolehi apa yang kami pohonkan”

Khalifah Umar bin Abdul Aziz berasa pelik melihat kefasihan dan kebijaksanaan budak itu berucap sebagai wakil negerinya. Lalu bagindapun bertanya “Berapakah umurmu hai wakil yang bijaksana?”. “Sepuluh tahun tuanku.”
(sumber : syok.org)
  So, moral of the story daripada cerita ni, kite sebagai manusia yang berfikiran dan dikurniaan darjat yang  paling tinggi disisiNYA tidak berhak menafikan pendapat atau hak seseorg tu untuk menyuarakan pendapatnya..Kita tak boleh nak mengatakan seseorg yang muda atau kanak2 tak berhak untuk bersuara atau dipanggil matang... jangan menilai seseorg dari perwatakan semata mata... sebab kadang2 org yang tua tak semestinya betol semua apa yang dicakap... so korang leh menilai sendiri dari mata kasar dan hati apa yang aku nak sampaikan..jika ade salah harap dimaap dan dibuang ke tong sampah dan yang betol boleh kita guna pakai ok!!salam~~~

P/S : Aku try cari perkataan matang untuk dibunuh sebagai pic pas tu try la convert matang tu jadi english word..guess what??cilake blue yang kuar..&$*%*#*!..hahaha

 

11 comments:

  1. stuju..and xske org yg dh berumur sikit ckp die lg matang sbb die makan garam dulu..x aci
    p/s: tak faham nota last skali..lembut wane highlighter anda itu (^_^)

    ReplyDelete
  2. like this entry....ada manfaat dan pengajaran disitu.^_^

    ReplyDelete
  3. umar abdul aziz,antara pemimpin yang aku sanjung..terbaek!

    ReplyDelete
  4. cik sarah : ape yang tak paham tu..hehehe

    fizi : tq bro..hehehe

    ReplyDelete
  5. ijat : umar al khattab idola aku..hehehe

    ReplyDelete
  6. khairul hisyam : thnx bro...seswatu yang patut dishare...=)

    ReplyDelete
  7. cool entry bro...
    kematangan itu bermula pd kefasihan bkate kate n kecerdasan minda...huk3...
    so good~
    i want tto share dis....

    ReplyDelete
  8. Tulah..
    matang bukan ditentukan oleh usia..
    matang itu dri the way kita berfikir kan.
    erm..
    gud topik.=)

    ReplyDelete
  9. amboi entry ko bermakne sangat. suke!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...